Thursday, January 6, 2022

TIDAK BERUBAH BUKAN HASIL KARYA YANG DIPERSEMBAHKAN . YANG TIDAK BERUBAH ADALAH PERSEPSI TERHADAP PELUKIS DISINI

 PERSEPSI YANG UJUD 

1 - KRONI

2 - PARA  PELUKIS AKADEMIK

3 - PARA PELUKIS YANG TIDAK AKADEMIK

4 - GENERASI  TUA

5 - GENERASI  MUDA

6 - BELI LUKISAN DGN HARGA MURAH BUKAN KOLEKTOR

 Persepsi begini terus subur seperti lalang. 

 BUKAN MERAIH SIMPATI ATAU MENCARI PENGIKTIRAFAN DARI PIHAK TERTENTU   

 bersambung



LANSKAP SENI LUKIS DI MALAYSIA DARI APA YANG AKU LIHAT. DARI APA YANG AKU ALAMI . DARI APA YANG AKU DENGAR DAN DARI APA YANG AKU RASA

  • Sebenarnya masih banyak lagi perlu aku luahkan buat pengetahuan Masyarakat terhadap dunia Seni Lukis di Malaysia Khususnya. Jika akal yang aku guna ini jika tidak aku tapis berkali kali mungkin akan menguris terhadap banyak pihak.

Jesteru jika perasaan kini bergejolak lagi kerana senario Seni Lukis Malaysia ini sejak zaman Purba hingga zaman yang anggap Maju serba cukup ini tidak mampu aku melupakan apa yang sedang berlaku tak pernah berubah. Yang berubah hanya Teknologi itupun bukan kita yang menciptanya 

Terlebih dahulu biar aku hamparkan pengalaman sebenar aku sebagai seorang pelukis di negara aku ini lewat 50 tahun menjadi pelukis 

 1-Apa yang aku Lihat 

 2 -Apa yang aku dengar

 3-Apa yang aku rasa 

bersambung


 

Tuesday, May 25, 2021

ASSALAMUALAIKUM 2021

 Tiba tiba rasa terpanggil untuk kembali lagi menjenguk Blog Nota Pelukis Aris Aziz yang lama ditimggalkan

Terakhir 2017 may telah terhenti bagaikan sebuah kapal sedang belayar dilautan tersadai hanyut tanpa pasti arah tujunya

Demikian lah parsis aku mencemar diri dalam dunia senilukis dan seni. Seni yang andaiannya dalam catan tak pernah aku rasa terhakis dari kehidupan yang sementara ini, tak perlu diulang lagi suka duka yang telah dilalui kerana ianya tidak melambangkan sifat Redha pula

Catatan sebelum ini sedikit sebanyak jika tidak seluruhnya telah dibukukan sebuah memoir Aris Aziz Seni dan Cinta Tak Pernah Mati

Bukan lah catatan Intelek sangat pun cukup sekadar mengkisahkan pada suatu ketika aku pernah berada bersama mengharung gelora Senilukis Malaysia kita

malas pulak aih

bersambung

Sunday, May 21, 2017

DIALOG


Realism, Abstrak,Surelism dan genre yang lain.. 
Tiada tolak menolak antaranya
Yang penting sesuatu yg meronta didalam dapat dinyatakan.
Serta dgn penguasaan teknik yg sesuai dgn kehendak nurani..
Jika nurani yg berkerja pasti akan menjurus pada nurani org lain.. Inilah fitrah..
Terserah pada umum untuk menilainya.
Ada yg menilai secara sendiri ada juga yg menilai dari mengerti..dengan Ilmu
Tak kurang juga yg menilai dgn kemampuan untuk menjadi koleksi..
Apa pun mereka biarkan mereka yg penting pengkarya merasakan berbaloi..
Berbaloi adalah faktor dalaman.. Jika ketika itu sesuai apa lagi mahu ditahan
biarkan dia pergi sebagai sebuah catan matari.. Hakikatnya ia tetap berada disisi.. Abstrak.
Setiap satu aliran catan tentu ada pengkhususan nya..
Itulah betapa istimewanya tentang kejadian manusia.
Diciptakan tiada yang serupa tentang pilihan samada luar ataupun dalam..
Nilai luaran juga sangat penting kerana Setiap satu Karya yang persembahkan
secara total mengunakan matari . Walau apa pun luarannya ia tetap bermula dari dalam diri..
Tidak pernah ada sesuatu gerak melainkan geraknya pasti dari dalam.
Manusia mendapat ilham mencipta kain...
Kerana bahan untuk membuat telah disediakan..
Samada dari tumbuh tumbuhan..atau Ulat Ulat dan berbagai lagi sumber Alami. .
Jesteru dari membuat kain manusia telah pun berpakaian.
Akhirnya manusia yg tidak berpakaian telah melakukan sesuatu yg luar biasa. .
pada hal manusia sejak awal tiada sehelai benang pun yg melindungi sekujur tubuh.
 .
Manusia bukan seperti unggas sejak mula kejadian ia tidak berubah makan bertelor dan seterusnya makan bertelor...
Manusia adalah sejenis haiwan juga... Cuma istilah yg lebih tepat disebut Haiwan Nun Natiq.   Sejenis haiwan yg  berakal.. Ianya akan berubah dari zaman ke zaman yg lain sehingga ke hari Ini...
Manusia terus Hidup dari generasi ke generasi seterusnya dgn bermacam style pakaian (Fesyen)..Tetapi walaupun begitu manusia masih belum lengkap berpakaian jika pakaian dalaman tidak disertakan dgn Ilmu Pengetahuan ia masih belum sempurna..
Abstrak.. pada catan. Realism pada catan dan bermacam lagi jenis catan amat bergantung pada kehendak atau pilihan masing masing.. Itu adalah hak yg tidak boleh di pertikai.
Bagi saya untuk pengertian Seni itu tetap satu...
Kerana kerja Seni itu adalah dari gejala dalaman..
Yang telah diamanahkan inilah Anugerah yg sgt istimewa.
Untuk mencari siapakah Pencipta Alam Semesta ini...
Bertolak titik ciptaannya  tuntas dapat dilihat dgn Mata. Rasa atau sentuhan ..
Pun begitu jika tanpa akal yg waras manusia gagal mengetahui tentang Keagungan Penciptanya...
Inilah persoalan utama yg perlu diperkukuhkan..
.
Karya adalah satu misi yg sangat penting difahami kerana Karya Seni begitu sensitif terhadap Perkembangan manusia.. Setiap insan ciptaannya telah sedia dibekalkan segala yg bernama manusia.. Perasaan. Pemikiran. negatif. Positif.. Itulah fitrah...
Keindahan kejujuran tak kurang juga keluar dari norma norma kebenaran ..
Disini lah peranan Seniman harus lebih jelas..
Untuk merungkai erti Karya yg berfaksi SENI.
Muga terbit nor hikmah agar mereka dapat berkongsi ketenangan demi meneruskan hidup berfaksikan Keimanan pada yang MAHA ESA....

Sunday, May 7, 2017

KOTA LONDON 2012



Tanpa diduga suatu pagi  sedang santai dirumah , aku menerima satu panggilan dari Balai Seni Visual Negara mempelawa aku untuk terbang ke Kota London bagi menyertai Program Malaysia Week 2012 terasa macam nanar seketika. Tanpa berfikir panjang terus menerima pelawaan tersebut. Woooow!!!

Untuk ke Kota London bukan mudah jika difikirkan kumpul duit bertahun tahun belum tentu cukup buat menampung perbelanjaan disana . Duit untuk membeli tiket Kapal Terbang saja sudah menjangkau lima ribu ringgit. Masakan mampu hanya dgn duit pencarian dgn melukis ditepi jalan. tempahan karya puluhan ribu mana mungkin, aku hanya pelukis jalanan. Bukan tak pernah dapat tempahan ribu ribu ringgit. Bukan Puluhan Ribu..Aaaaargh!!!! malas nak cerita duit..

Penerbangan yang memakan masa 11 jam 45 minit akhirnya Landing Time di Heathrow Airport…..tak sabar rasanya untuk melihat Kota London , sebaik saja melepasi pemeriksan imigresen aku bersama kumpulan dari Istana Budaya serta beberapa orang pelukis yang terlibat berdedai keluar dari Airport. Kedinginan mula dirasakan …waah !!!!bestnya dalam kedinginan iklim Negara orang British aku perlukan sebatang rokok yang telah aku lupakan selama hampir 15 jam..
Disuatu sudut sebelah kiri pintu keluar rupanya ada bilik untuk merokok. Apa lagi hanya yang faham sang perokok saja betapa halusnya..hehehe

Giliran untuk menaiki bas sudah dipanggil, sebaik saja para delagasi orang seni selesai  menaiki bas..maka meluncurlah bas melalui kawasan perumahan, aku melihat tanpa putus suasana disepanjang jalan. menuju ke Kota London. Deretan rumah lama dgn unsur pembinaan British memang terasa benarlah aku di United Kingdom yang tak pernah aku bayangkan hari ini aku telah berada dan menghidu Iklim mereka. Dalam benak fikir melayang ketika zaman budak budak sekolah orang kampong pasti sangat menghormati sesiapa saja untuk menyambung pelajaran ke England. Sebut saja University Cambridge, adalah impian semua orang..
Sesiapa saja yang pulang dari England untuk mendapat kerja berjawatan tinggi sudah pasti. Terhenti lamunan otak penjajah aku..tak berapa lama kami betul betu berada ditengah tengah Kota London sayangnya kegelapan malam telah membatasi untuk melihat keindahan Kota London. Aku dan Salleh Dawan betul betul berada sebaris dibelakang pemandu bas tersebut dia seorang Iranian faseh berbahasa Inggeris sgt peramah sambil menerangkan pada kami nama nama jalan yang dilalui untuk sampai di Holbon Street disitulah Hotel murah satu malam sewanya RM1900.00 ..murah ? hahaha aku gelak sendiri. Si pemandu bas terus menerangkan dgn loghat British Irannya..aku dan Salleh iakan saja macam ler faham sangat ..aku gelakan Salleh,,Salleh pula gelakan aku. Bukan tak faham langsung Cuma Loghat British dah macam Orang Melayu ngomong Bahasa Java..

Jalan Jalan utama di Kota London bukanlah seperti Kuala Lumpur besar dan luas. Faham saja Kota London adalah Kota Lama beratus ratus tahun, yang bagusnya tidak berlaku kesesakan teruk seperti Kuala Lumpur..Kereta segala macam jenis kenderaan banyak juga ..Timbul lagi persoalan dalam benak fikir apa masalahnya kita di Kuala Lumpur jalan lebih mewah jika dibandingkan dgn Kota London. Arrrrgh!!! Malas nak fikir aku datang London untuk fikir London England. Hatta!!maka tiba lah didepan Hotel di Holbon Street. Kami diarahkan berkumpul di Lobby Hotel sementara pegawai dari Kekkwa memberi taklimat dan menyerahkan kunci bilik masing masing. Mata mula merunduk mengantok ..sebut soal mengantok tak kira dimana kita berada. Syukur pada Tuhan tidur adalah nikmat dan istirahat .

Bilik yang bukan semewah mana aku, Salleh dan beberapa orang lagi dalam satu bilik cuma kurang sedikit untuk berselesa..Tak mengapa lah datang ke Kota London bukan untuk bersenang senang, besok awal pagi mesti berkumpul di Lobby mendapat taklimat untuk berjalan kaki hampir tiga kilometer ke Oxxo berhampiran South Bank tempat orang ramai bersantai disatu bahagian sepanjang River Thames, disitu semua peralatan berkotak kota kecil besar berat ringgan dalam sebuah gudang transit banyaknya penuh untuk sebuah Kontena Paling Besar. Kerja memunggah barang sangat sukar kerana bercampur dgn segala macam Item untuk keperluan Malaysia Week di South Bank. Pada petangnya kami terpaksa bergegas ke Trafalgar Square untuk perasmian Malaysia Week barang barang keperluan melukis serta karya karya perlu dibawa sekali. Dah macam buruh kasar pulak rasanya peluh keringat seakan mandi walaupun dalam Iklim Sejuk. Tersedar diri yg kerdil ini, aku datang kesini bukan sebagai seorang tuan besar atau pengarah, aku hanya seorang pelukis yang dibawa kesini untuk bekerja semuanya Kerajaan tanggung ..keadaan di Trafalgar sangat sejuk ditambah pula hujan lebat. Dipentas utama terdengar lantang suara dato Mahadir Lokman menjadi DJ riuh rendah..Khalayaknya ramai para student Malaysia dan berbagai bangsa dan termasuk orang British sendiri.

Kami berhimpit dibawah Canopy yang tak berapa besar sibuk mempamerkan karya yang sewajarnya sesuai untuk beberapa jam saja. Hujan terus menjadikan aku amat sejuk terpaksa melukis model yang bawa oleh Lepat (Ismail Ariffin) mengeletar tangan aku Alhamdulillah Berjaya juga ..
Menyentuh tentang bagaimana pula lepat boleh berada di Trafalgar Square..Semua orang tahu sejarah Lepat dgn Kota London..tak perlu rasanya untuk aku ceritakan alkisah si lepat. Sebelum aku terbang ke Kota London telah dimaklumkan pada Lepat yang berada di Germany ..jawabnya aku mesti mai jumpa hang di London..kalau hang pi bawalah kat aku Charcoal German..Alhamdulillah Tuhan telah temukan kami di Kota London dgn sekotak Charcoal made in German. 

Akhirnya pada malam yang sangat dingin itu kami mula sibuk lagi mengemas semua yang dipamer sebentar tadi ke dalam kotak sekali lagi peluh membasahi terpaksa mengemas dgn seberapa segera kerana mengikut arahan dari pihak penguasa disitu..supaya tidak melebihi masa yang ditentukan. Bawa kembali ke Gudang ..Aduhai letih sangat ..rasa lapar mengantuk sangat teruk. Jam sudah lewat malam kami pun berjalan pulang ke Hotel dalam keadaan lesu bagai sebaik tiba saja dibilik tanpa mengambil masa yang lama bersembang hanyutlah dalam kedinginan Kota London.

Siang datang lagi seperti kelmarin selepas sarapan pagi yang ditapau oleh pihak Kementerian sudah cukup merasa kenyang, apa tidaknya bihun goreng nasi lemak yang sudah tentu mampu untuk melupakan Western Food. dalam keadaan sejuk kena pula sambal ikan bilis mana mungkin fish and chip bisa lawan..hahah


Saturday, April 29, 2017

Catatan dan Fotografi Ewan Deen












Ewan Deen di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
30hb Mac 2016 · Kuala Lumpur ·

DI SINI DIA ADA
(dedikasi untuk Aris Aziz...)

Tidak pernah mengukur ruang dan masa
keberadaan di sini adalah pilihan benar
melihat segala warna potret dan kota rasa
neon mewajahkan rasa meski sementara
dinding batu bisu memahami segala cerita
berteman sahabat berjuang dalam usia
tanpa meminta simpati demi sesuap nasi
hayat ini sering terlukis di kanvas lara

hanya waktu terus bergerak lelah
di bibir berdoa syukur dan pasrah
namun di sini dia ada dalam sejarah
berbekal taqwa segalanya berserah....

ewan deen | mac,30'16Ewan Deen di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
30hb Mac 2016 · Kuala Lumpur



















DIA DAN ARIS AZIZ
sebuah penghargaan untuk Aris Aziz

...dengan izin biar aku menulis
tentang rahsia rasa dan dirimu
walau tiada hayat panjang ku tahu
keberadaan jerih dan tangis sendu
cukup sekadar jari dan warnamu
kau telah menjemput aku bertamu...

...dengan izin biar aku berbicara
kamu adalah sebuah alam untuk Nya...

ewan deen | mac.30'16






















MELIHAT PADA WAJAH RASA
(...rasa cinta Aris Aziz tentang Galeri Dia...)

Sekian dari waktu memanjat usia
pada lenggok jemari tangan menari
dan fantasi fikirnya mencipta wajah
tentang rupa neon malam menyua
menyelusuri kisah manusia tercipta
ada cinta dan nista berpura bicara
tanpa peduli upah keringat makna
sehelai wajah diam di kertas usaha
membeli simpati tentang harga diri
demi melihat diri penuh persenda
wajah sebenar pada lukisan rasa

dalam jemu ada yang bertamu
dalam letih ada yang jerih
dalam layu ada yang sayu

dalam melukis wajah mutlak diri sendiri
wajah rasanya berdoa tentang sebuah syurga...

ewan deen | mac. 30 '16







Sekuntum Bunga Orkid disemat kedada. Hari Pertama di Pasar Seni. 1986

7Ketika sedang asyik melukis di Halaman Pelukis Jalan Melayu.
Kami telah didatangi seorang yang bernama Christopher katanya dia dari Pasar Seni yang sedang diubah suai untuk pelukis..
Ada juga saya menonton TV berkenaan Pasar Basah atau Central Market sedang diubahsuai sesuai untuk kegiatan Seni Lukis serta cabang Seni yang lain.
Dulu sebuah Pasar Basah yang sarat dgn berbagai keperluan tak perlulah saya sebut satu persatunya. Dengan bau hanyir busuk yang menusuk hidung apabila melewati Jalan Hang Kasturi dgn Bas Seri Jaya selepas itu Bas Mini pula untuk ke Bas Stand Klang.

Siaran TV membuat liputan yang agak lama mengkesahkan Pasar Seni satu anjakan Pasar Seni kononnya akan menjadi nadi Kota Raya Kuala Lumpur.

Christopher telah menjemput kami Pelukis Jalan Melayu agar berubah ke Pasar Seni, Pada awalnya kami merasa agak kurang senang utk berubah kesana. Akhirnya saya sendiri membuat keputusan untuk ke Pasar Seni Pelukis Pelukis yang lain tidak membuat pilihan tersebut. Dengan niat untuk mencuba ke Pasar Seni pada 1986 ..Hari pertama menjejak kaki ke Pasar Seni CM saya dan beberapa orang rakan lagi telah disematkan Kuntuman Bunga Orkid dgn penuh penghormatan kebetulan ketika itu Timbalan Perdana Menteri Musa Hitan akan datang merasmikan Pasar Seni yang dikatakan sebagai satu anjakan Seni Lukis di Malaysia ini.

Para pelukis dgn cara masing masing perform terhadap karya mereka. Saya sendiri sudah tentu melayan potret Model yang terkaku dibangku. Pujian ketika itu bagaikan sejernih embun pagi.
Melihat dan mengalami suasana tersebut, saya merasakan inilah satu peluang yang tidak seharusnya saya abaikan. Kata orang peluang hanya datang sekali dalam hidup ini.

Pada keesokannya saya mengusung segala peralatan melukis tidak lagi menuju Halaman Pelukis Jalan Melayu yang tidak menjanjikan masa mendatang sebagai pelukis. Berbumbung Langit berdinding angin kadang sejuk kadang panas, dgn usia yang semakin berkurang sanggup kah aku terus berada di  Halaman Pelukis Jalan Melayu. Kawan Kawan Pelukis yang lain masih bertahan di Halaman Pelukis Jalan Melayu.

Di PASAR SENI aku boleh pilih dimana saja Kiosk yang aku suka. Sewanya tidak mahal hanya RM 12.00 sehari.
Dengan semangat baru mulalah melukis penuh tega melayan para pengunjung penuh berhemah muga aku boleh membayar sewa setiap hari, Alhamdulillah perjalanan di Pasar Seni telah diterima Masyarakat dgn baik. Tempahan setiap hari sangat menjadikan aku Pelukis yang paling sibok setiap hari, walaupun begitu aku mengerjakan tempahan sehingga jam lima petang dan seterus melukis potret secara Live Model settiap hari begitulah rotin yang aku lakukan.
Dalam pada aku asyik menjalani hidup sebagai pelukis dgn penuh keselesaan aku dipanggil oleh Christopher katanya Pihak Pengurusan telah membuat keputusanan untuk mengenakan sewa bulanan RM 360.00 setiap bulan ..aku menerimanya dgn baik kerana sewa masih sama 12X3....RM 360.00. dalam hati mula timbul bermacam persoalan tentang sewa ... Inilah baru satu permulaan dari sewa hari RM 12,00 sehari,,kemudian kepada sewa bulanan pula RM 360.00 sebulan.

Memang tepat sangkaan aku Sewa mula dinaikan dgn memberi alasan yang berbagai ..pun begitu aku tetap akur apa saja alasan mereka kerana keadaan akan berubah dari masa kesemasa.. Apabila bertambah penyewa banyak perkara yang harus dilunasi..seperti maintenance segala bagai. Tanpa mengambil serius sangat tentang sewa dinaikan hingga RM 450.00 sebulan .. aku juga mula menaikan harga tempahan potret dari RM 50.00 kepada RM 80.00
Tidak hairan lah pada setiap hujung tahun surat atau memo terus diterima tentang kenaikan sewa begitu juga terus menaikan harga tempaha potret sehingga RM 450.00. dan seterusnya berlaku lagi..
Ini adalah sikap Kapitalis akhirnya akan mematikan apa saja bentuk perniagaan. Terutama Bumiputra.

Sehingga tahun 2004 terdengar berita Pasar Seni telah di Jual Pada Pelabur Singapura.  Apabila kemasukan Pengurusan Baru dibawah kuasa Pelabur Singapura bermacam macam peraturan mula diperkenalkan serta sewa juga dinaik jauh lebih tinggi dari Pengurusan sebelumnya.

Jiwa tidak lagi damai menghadapi tekanan yang melampau oleh mereka. Bukan persoalan tak boleh bayar sewa atau tidak. Cuma aku merasakan jika aku masih kekal bertahan di Pasar Seni nesacaya aku bukan Aris Aziz lagi.

Cukup lah kurang lebih 25 tahun bertapak di Pasar Seni tanpa mengambil tahu apa yang sedang belaku diluar. Kawan kawan yang dulunya berkumpul setiap petang di Pasar Seni semuanya telah menghilangkan diri. Gulungan Dramatis Penyanyi Penyair dan ramai lagi kabur .
Aku keluar dari kepompong Pasar Seni dan kembali kerumah dgn segala khazanah dari Pasar Seni sehingga rumah pula menjadi Pasar Seni.

Sebelum dinyahkan dari pasar Seni.  Sempat juga kami para penyewa membuat protes dgn menjemput wartawan membuat liputan keadaan kami.. Pihak pengurusan mengarah Pengawal Keselamatan menghalang Wartawan supaya tidak membuat liputan.. Apa pun tersebar berita disurat khabar secara meluas.. Jawapan yg kami terima pihak menteri yg bertanggung jawab terhadap Seni Budaya ketika itu tidak boleh berbuat apa apa kerana Singapura dah beli.