Thursday, January 13, 2011

Mohamed Hoessein Enas. dan Angkatan Pelukis Semalaysia dan Aku

Sempena Penubuhan Malaysia, Angkatan Pelukis Semenanjong telah dipinda menjadi Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) ialah sebuah pertubuhan yang bertujuan menggabungkan para pelukis dan peminat seni lukis di Malaysia.APS telah ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Angkatan Pelukis Semenanjong. Pelukis yang mempolopori APS ialah Mohamed Hoessein Enas, manakala Tunku Abdul Rahman Putra menjadi penaung

Aku menyertai Angkatan Pelukis Semenanjung pada 1975. APS bergerak aktif disuatu daerah terpencil yang kini telah menjadi Pusat Pangajian yang bersangkutan dengan Warisan Bangsa (ASWARA). Disitu juga terdapat kumpulan Anak Alam yang bergiat secara berasingan...setiap hujung minggu aku pergi kesitu, kerana di Jalan Ampang aku puas kesaorangan. Alhamdulillah sebagaimana semua orang tahu (APS) bergiat dalam Aliran Seni Lukis Potret..aku tidak begitu minat untuk melukis potret, kerana sejak awal melukis pemandangan. Jadi terasa sukar juga untuk mendekati ramai para Ahli APS ketika itu.

Setiap hujung minggu APS mengadakan Sessi melukis Potret secara Live Model...dibimbing oleh Hoessein Enas dan Mazle Mat Som...walau pun pada saat itu aku tidak mengikuti sessi melukis potret tetapi aku tetap setia mendengar penjelasan yang diberikan oleh Hoessein Enas bagaimana cara melukis potret ketika model dihadapan. Dari penjelasan tersebut aku merasakan amat tertarik menjadi seorang pelukis potret...tambahan lagi apabila melihat Hoessein Enas dengan gaya yang lembut lentok liut tangan nya menggarap model dihadapan membuatkan aku merawan rasa ingin melukis potret seperti dia.

Selang beberapa minggu aku mengambil keputusan untuk turut sama dalam kelas melukis potret dibawah bimbingan Pak Hiesein Ennas. Pastel dan Kertas serta fixetive aku beli dari hasil penjualan lukisan dijalan Ampang. Pada peringkat awal dikelas potret tersebut aku telah diberikan satu Easle yang sedia ada disitu, dari sudut sudut yang berasingan para pelukis mula melukis dengan gaya masing. Itulah baru pertama kali aku menggunakan Pastel (Holbein. Semi Hard) apa pun tidak menjadi masaalah tentang penggunaan warna mungkin telah terbiasa agaknya. Mula menggarap potret model seorang Gadis yang memiliki wajah tulen orang Melayu. Cantik betul. hahaha...

Aku memberi tumpuan sepenuhnya, walaupun tanpa mempunyai asas dalam lukisan potret. Tiba tiba Pak Hoesein Ennas pun menghampiri aku. Getaran mula terasa pertama kali Pak Hoessein Enas mendekati aku sambil melukis potret dengan berpandukan model. Dengan nada lembut Pak Hoessein terus menegur sambil bertanya. "Kamu sedang lukis siapa?... Aduh!!!aku nanar terus bila soalan Pak Hoessein yang agak abstrak itu. Aku cuba menjawab juga... Lukisan orang Pak Hoessein...Pak Hoessein bersuara lagi, bagaimana kamu bisa melukis orang!!!?. sedangkan kamu mengunakan kertas dan beberapa batang Pastel, kemudian kamu garis sambil melihat model dihadapan...Pak Hoessein terus menjawab, sebenarnya kamu sedang melukis sebuah lukisan potret Model dihadapan. Jadi kamu harus faham bahawasanya melukis harus menggunakan garis dan warna, makanya kamu harus bebaskan diri kamu untuk menggaris dan mewarna mengikut sesuka kamu.
Kamu punya Bakat Besar ujar Pak Hoesein, cuma harus kuat latihan melukis potret secara Live. Jangan sekali kali meniru gambar kalau semata mata untuk latihan. Lain lah kalau ada orang menempah suruh kamu lukis dari Foto, itu kamu harus lakukan kerana wang demi kelangsungan hidup kamu sebagai seorang Pelukis. bersambung







Tunku Abdul Rahman
Potret Aliran Impression
Pastel On Paper
Size 20" X 24"








Din Banting
Live Portrait Impression
Pastel On Paper
Size 20" X 24"







 S M Zakir
Hadiah PENA, Sempena Anugerah Sasterwan (MASTERA) 2011
Acrylic On Canvas







Zumi Nasha 2010
Live Portrait
Oil On Canvas







Tun Dr Mahathir Muhamad
Oil On Canvas
2011










 Tunku Abdul Rahman
Oil On Canvas








P Ramlee
Oil On Canvas
2011








Mak Yang
Live Portrait
Pastel On Paper








Dijah
Charcoal On Paper
2011

3 comments:

  1. Syabas Abang Aris! Sewajarnya artis-artis muda, samada lulusan universiti atau belajar sendiri, rajin melihat soal-soal 'kecekalan', 'ketabahan' dan 'rendah diri' secara saksama.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Tsabri. Terima Kasih.
    Abang Aris akan ceritakan lebih panjang lebar tentang bagaimana tercabar nya emosi sewaktu menjadi pelukis Jalanan. Tentang sambutan masyarakat yang kadang2 amat Negatif.
    Pun begitu abang aris terima dengan baik kerana faham kita disini Seni Lukis kurang di beri perhatian penuh...Salam

    ReplyDelete
  3. boleh kah memberi lamam web mengenain hossein? contohnya biodatanya, karyanya, sumbangannya.

    ReplyDelete