Sunday, July 5, 2015

MAKLUMAN

NOTA YANG SAYA TULIS DIBLOG INI ADALAH BERASASKAN DARI PENGALAMAN SAYA SENDIRI

PASTINYA TERDAPAT BANYAK KESALAHAN DARI CARA PENULISAN DAN
PENYUSUNAN YANG TIDAK MENEPATI SEBUAH PENULISAN YANG BIASA
DITULIS OLEH PENULIS MAPAN.

JESTERU SAYA AKAN EDIT DARI MASA KEMASA. Insyaallah

_________________________________________________________________________________

                                             KOMISYEN: CAT MINYAK 2011
Beatrice D'este satu daripada Karya Leonardo Da Vincci
telah dikomisyen pada saya melukis semula oleh
sesaorang untuk dibawa pulang ke London
tujuan Pameran
"An Oblation to Leonardo Da Vincci"

Saturday, July 4, 2015

Langkawi Art Colony Beranda Residensi. Langkawi 2012

Hadapan Beranda Residensi
foto bersama rakan pelukis yg menyertai LAC
Ismail Baba, Fuad Abu Bakar, Ismail Atan, Dato Mahsun Hj Taib
Amanda Zulkifli, Salleh Dawam, Dr Ibrahim Ghaffar.
Ishak Sallehudin, Dato Mahsun Hj Taib
Dr Ibrahim Ghaffar dan Maamor Jantan.

Lukisan Cat Minyak
merakam suasana awal pagi
Kampong Bohor
Langkawi.

Kampong Bohor Awal Pagi
Cat Minyak

Potret Anisha
Impasto Oil Techniq

Potret Gadis
anak pada pelukis Salleh Dawam
Impasto Oil Techniq


Thursday, July 2, 2015

Sekian Lama tidak menjenguk blog ini..Kembali lagi menulis tentang perjalanan saya ke Tokyo 2007 dan 2008. Tahun 2012 pula menyertai Malaysia Week di London


Sebenarnya lama tidak bicara disini,  Bukan untuk mengkisahkan aku sudah sampai ke London..
Sesiapa pun boleh menjejakan kaki kesini jika mahu. Tidak seperti zaman dulu jika sesaoranan dapat sampai ke London kira cukup Istimewa..samada belajar di University Cambridge atau sebagainya. Tidak hairan lah mereka berjaya kerana London bagi mereka pada zaman itu adalah impian. Begitu juga pada keseluruhan Masyarakat yang tidak pergi akan menganggap London (England) itu sebagai pengaruh hidup yang dihormati ketika itu.

Contohnya ada beberapa pelukis kita, mereka ke London belajar pada zaman paling puncak 50'an 60'an mentaliti masyarakat  menganggap mereka seperti orang sangat penting dan diberi penghormatan sebaiknya. Bagi saya jika benar mereka bagus sewajarnya diberi penghormatan..

Issuenya: Ada juga manusia manusia hebat yang bukan terbit dari mana mana University dari negara Barat, hanya dari dasar pengalaman bakat, atau usaha yang tidak pernah putus putus sukar untuk mendapat tempat pada dekad dekad tersebut.

Pada 2012 Saya telah diberi kepercayaan oleh pihak BSVN ketika sesi Bengkel Potret selama tiga bulan disitu..mereka telah cadangankan pada pihak Kementerian berkenaan, saya adalah salah seorang pelukis akan berkhalayak sambil melukis Potret di London, dua lokasi telah ditentukan Trafalgar Square dan South Bank dipinggir River Thames.
Terasa amat bersalah jika peluang tersebut dipersia siakan mencuri kesempatan untuk berseronok di Kota London. Amanah yang telah diberikan sangat penting sepertimana seorang perajurit dihantar diperbatasan negara demi mempertahankan negara, Itulah maruah.
lebih lebih lagi bila kita dihantar ke negara British yang pernah menjajah kita berabad lama..memikirkan itu aku ke London tidak begitu rendah diri walaupun kita bangsa yang pernah dijajah oleh mereka..kita wajib mengubah persepsi tidak seperti bangsa yang tak habis habis dijajah.

Program Malaysia Week di London 2012. mengetengahkan beberapa item yang difikirkan boleh menjadi tarikan pelancung untuk datang ke Malaysia.
 Seperti Tarian Kebudayaan. Makanan makanan dan Seni Lukis termasuk juga,, Walaupun dari peringkat awal kira bicara nak buat program Malaysia Week 2012 seni lukis tidak disenaraikan, entah kenapa jadi pula..panggilan dari pihak BSVN menjelaskan Pak Aris jadi pulak ke London.. Oh!!Ok saja

bersambung!!!

Merakam disempadan Scotland
bersama Salleh Dawam
Dalam perjalanan ke Edenburgh Scotland singgah di BERWICK
suatu daerah pertanian antara New Castle dan Edenburgh
dari kiri: Puan Fardah Hanim Wahab Pengarah Koprat LPSVN
Hairul Azizi Tukimin dari Beranda Residensi Langkawi
Pelukis Salleh Dawam
Hafiz Othman Pegawai LPSVN
Donald Abraham Pelukis berasal dari Sabah
merakam foto disekitar London Bridge


Disudut Scottish National Gallery

Lokasi dari Bumbung Muzium Scotland
Latar Belakang sebuat Castle yang terkenal di Edenburgh

dari Kota London kami bergerak ke New Castle sebaik saja tugas yang dipertanggung jawabkan telah selesai..dgn menggunakan wang saku yang dibekalkan dari Malaysia dan sedikit sebanyak dari hasil karya yang terjual ketika Malaysia Week di South Bank..
Foto atas bumbung Mezium Scotland..kelihatan sebuah Castle yang sangat popular di Edenburgh. semua foto yang tertera disini diambil oleh Amerudin Ahmad..dia lah yang berkorban masa menjadi pemandu pelancung dari New Castle ke Edenburgh.

South Bank 
Amerudin Ahmad adalah seorang pegawai BSVN yang dihantar ke New Castle belajar di University di New Castle ketika itu, mengambil pengkhususan Art Conservation..sempat juga kami bersantai dirumah sewanya selama beberapa malam..selain Edenburgh kami dibawa melancung ke Haxhem tempat dimana lambakan produk produk lama..kalau kita di Malaysia pasar karat..segala jenis barangan, baju seluar buku buku Art sangat seronok.
Santai Kesejukan
disekitar Edenburgh University
hadapan Scottish National Gallery
Bersama Lepat dipinggir River Thames
Lepat datang dari Bremen Germany tujuan untuk bertemu
dan membawa ole ole satu kotak Charcoal


_________________________________________________________________________________

2007-2008 Tokyo













Tuesday, October 8, 2013

Monday, May 9, 2011

Selamat Tinggal Pasar Seni.

Secara terang terangan saya menegur sikap pengurusan Pasar Seni supaya mereka tidak mencipta kegagalan peniaga Melayu kononnya tidak mampu mengikut peraturan mereka. Suatu hari ketika saya sedang asyik menyiapkan tempahan potret tiba tiba muncul seorang pegawai mengarahkan saya keluarkan segala yang ada didalam premis dan keluar dari Pasar Seni,

Aaaargh!!!!tak kuasa nak fikir berat berat aku mengangkat semuanya..
sedangkan pihak yang boleh bersuara konon memperjuangkan kedudukan orang Melayu dalam perniagaan pun duduk diam kerana Seni Lukis bagi mereka bukan penting sangat.

Jawapan yang diberi, kami tidak boleh berbuat apa apa lagi kerana Pasar Seni CM telah dijual kepada pelabur Singapura.

BERDIAM DIRI DIRUMAH. tiada lagi sumber pendapatan, wang tabung sudah kontang ketika cuba mempertahankan studio di Pasar Seni selama 25 tahun.
_________________________________________________________________________________

Bersama Muaz ketika ziarah saya
di Bukit Bintang

Portrait Sketches

Saufi sering menemani
Sewaktu melukis di Bukit Bintang
Tidak tunggu lama sekali lagi aku membuat keputusan untuk tega melukis di Jalanan. Bukit Bintang menjadi pilihan yang sesuai.
Setiap hari jam sembilan malam aku siap berada disekitar Maybank berhampiran Lot 10, disitu aku
Pasrah terhadap rezeki buat kelangsungan hidup di Kuala Lumpur, melukis hingga jam 3 pagi. Sambutan sangat menggalakan, terutama daripa pelancung pelancung Timur Tengah..Saudi, Mesir, Tunisia, Yaman, Qatar, Oman, Seria dan sebagainya..
Juga dari Turki, Jepun, Australia, Austria, Germany, Singapura, Brunai, Indonesia cukup sekadar menyebut beberapa negara, melakar potret mereka secara Live dgn upah yang kadang kala naik turun.
Hampir dua tahun aku merempuh malam hingga seawal pagi, Kawasan sekitar Maybank mula menjadi gelap semua lampu yang benderang sekitarnya tidak lagi dinyalakan kerana Maybank akan diubahsuai menjadi Hotel pula...

Thursday, April 7, 2011

Yang Di Pertuan Agung MALAYSIA

Duli Yang Maha Mulia (DYMM)
Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Ibni Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Aris Aziz
OIL CANVAS.
Size 4'X 5'
2009