Sunday, May 7, 2017

KOTA LONDON 2012



Tanpa diduga suatu pagi  sedang santai dirumah , aku menerima satu panggilan dari Balai Seni Visual Negara mempelawa aku untuk terbang ke Kota London bagi menyertai Program Malaysia Week 2012 terasa macam nanar seketika. Tanpa berfikir panjang terus menerima pelawaan tersebut. Woooow!!!

Untuk ke Kota London bukan mudah jika difikirkan kumpul duit bertahun tahun belum tentu cukup buat menampung perbelanjaan disana . Duit untuk membeli tiket Kapal Terbang saja sudah menjangkau lima ribu ringgit. Masakan mampu hanya dgn duit pencarian dgn melukis ditepi jalan. tempahan karya puluhan ribu mana mungkin, aku hanya pelukis jalanan. Bukan tak pernah dapat tempahan ribu ribu ringgit. Bukan Puluhan Ribu..Aaaaargh!!!! malas nak cerita duit..

Penerbangan yang memakan masa 11 jam 45 minit akhirnya Landing Time di Heathrow Airport…..tak sabar rasanya untuk melihat Kota London , sebaik saja melepasi pemeriksan imigresen aku bersama kumpulan dari Istana Budaya serta beberapa orang pelukis yang terlibat berdedai keluar dari Airport. Kedinginan mula dirasakan …waah !!!!bestnya dalam kedinginan iklim Negara orang British aku perlukan sebatang rokok yang telah aku lupakan selama hampir 15 jam..
Disuatu sudut sebelah kiri pintu keluar rupanya ada bilik untuk merokok. Apa lagi hanya yang faham sang perokok saja betapa halusnya..hehehe

Giliran untuk menaiki bas sudah dipanggil, sebaik saja para delagasi orang seni selesai  menaiki bas..maka meluncurlah bas melalui kawasan perumahan, aku melihat tanpa putus suasana disepanjang jalan. menuju ke Kota London. Deretan rumah lama dgn unsur pembinaan British memang terasa benarlah aku di United Kingdom yang tak pernah aku bayangkan hari ini aku telah berada dan menghidu Iklim mereka. Dalam benak fikir melayang ketika zaman budak budak sekolah orang kampong pasti sangat menghormati sesiapa saja untuk menyambung pelajaran ke England. Sebut saja University Cambridge, adalah impian semua orang..
Sesiapa saja yang pulang dari England untuk mendapat kerja berjawatan tinggi sudah pasti. Terhenti lamunan otak penjajah aku..tak berapa lama kami betul betu berada ditengah tengah Kota London sayangnya kegelapan malam telah membatasi untuk melihat keindahan Kota London. Aku dan Salleh Dawan betul betul berada sebaris dibelakang pemandu bas tersebut dia seorang Iranian faseh berbahasa Inggeris sgt peramah sambil menerangkan pada kami nama nama jalan yang dilalui untuk sampai di Holbon Street disitulah Hotel murah satu malam sewanya RM1900.00 ..murah ? hahaha aku gelak sendiri. Si pemandu bas terus menerangkan dgn loghat British Irannya..aku dan Salleh iakan saja macam ler faham sangat ..aku gelakan Salleh,,Salleh pula gelakan aku. Bukan tak faham langsung Cuma Loghat British dah macam Orang Melayu ngomong Bahasa Java..

Jalan Jalan utama di Kota London bukanlah seperti Kuala Lumpur besar dan luas. Faham saja Kota London adalah Kota Lama beratus ratus tahun, yang bagusnya tidak berlaku kesesakan teruk seperti Kuala Lumpur..Kereta segala macam jenis kenderaan banyak juga ..Timbul lagi persoalan dalam benak fikir apa masalahnya kita di Kuala Lumpur jalan lebih mewah jika dibandingkan dgn Kota London. Arrrrgh!!! Malas nak fikir aku datang London untuk fikir London England. Hatta!!maka tiba lah didepan Hotel di Holbon Street. Kami diarahkan berkumpul di Lobby Hotel sementara pegawai dari Kekkwa memberi taklimat dan menyerahkan kunci bilik masing masing. Mata mula merunduk mengantok ..sebut soal mengantok tak kira dimana kita berada. Syukur pada Tuhan tidur adalah nikmat dan istirahat .

Bilik yang bukan semewah mana aku, Salleh dan beberapa orang lagi dalam satu bilik cuma kurang sedikit untuk berselesa..Tak mengapa lah datang ke Kota London bukan untuk bersenang senang, besok awal pagi mesti berkumpul di Lobby mendapat taklimat untuk berjalan kaki hampir tiga kilometer ke Oxxo berhampiran South Bank tempat orang ramai bersantai disatu bahagian sepanjang River Thames, disitu semua peralatan berkotak kota kecil besar berat ringgan dalam sebuah gudang transit banyaknya penuh untuk sebuah Kontena Paling Besar. Kerja memunggah barang sangat sukar kerana bercampur dgn segala macam Item untuk keperluan Malaysia Week di South Bank. Pada petangnya kami terpaksa bergegas ke Trafalgar Square untuk perasmian Malaysia Week barang barang keperluan melukis serta karya karya perlu dibawa sekali. Dah macam buruh kasar pulak rasanya peluh keringat seakan mandi walaupun dalam Iklim Sejuk. Tersedar diri yg kerdil ini, aku datang kesini bukan sebagai seorang tuan besar atau pengarah, aku hanya seorang pelukis yang dibawa kesini untuk bekerja semuanya Kerajaan tanggung ..keadaan di Trafalgar sangat sejuk ditambah pula hujan lebat. Dipentas utama terdengar lantang suara dato Mahadir Lokman menjadi DJ riuh rendah..Khalayaknya ramai para student Malaysia dan berbagai bangsa dan termasuk orang British sendiri.

Kami berhimpit dibawah Canopy yang tak berapa besar sibuk mempamerkan karya yang sewajarnya sesuai untuk beberapa jam saja. Hujan terus menjadikan aku amat sejuk terpaksa melukis model yang bawa oleh Lepat (Ismail Ariffin) mengeletar tangan aku Alhamdulillah Berjaya juga ..
Menyentuh tentang bagaimana pula lepat boleh berada di Trafalgar Square..Semua orang tahu sejarah Lepat dgn Kota London..tak perlu rasanya untuk aku ceritakan alkisah si lepat. Sebelum aku terbang ke Kota London telah dimaklumkan pada Lepat yang berada di Germany ..jawabnya aku mesti mai jumpa hang di London..kalau hang pi bawalah kat aku Charcoal German..Alhamdulillah Tuhan telah temukan kami di Kota London dgn sekotak Charcoal made in German. 

Akhirnya pada malam yang sangat dingin itu kami mula sibuk lagi mengemas semua yang dipamer sebentar tadi ke dalam kotak sekali lagi peluh membasahi terpaksa mengemas dgn seberapa segera kerana mengikut arahan dari pihak penguasa disitu..supaya tidak melebihi masa yang ditentukan. Bawa kembali ke Gudang ..Aduhai letih sangat ..rasa lapar mengantuk sangat teruk. Jam sudah lewat malam kami pun berjalan pulang ke Hotel dalam keadaan lesu bagai sebaik tiba saja dibilik tanpa mengambil masa yang lama bersembang hanyutlah dalam kedinginan Kota London.

Siang datang lagi seperti kelmarin selepas sarapan pagi yang ditapau oleh pihak Kementerian sudah cukup merasa kenyang, apa tidaknya bihun goreng nasi lemak yang sudah tentu mampu untuk melupakan Western Food. dalam keadaan sejuk kena pula sambal ikan bilis mana mungkin fish and chip bisa lawan..hahah


No comments:

Post a Comment