Saturday, April 29, 2017

Sekuntum Bunga Orkid disemat kedada. Hari Pertama di Pasar Seni. 1986

7Ketika sedang asyik melukis di Halaman Pelukis Jalan Melayu.
Kami telah didatangi seorang yang bernama Christopher katanya dia dari Pasar Seni yang sedang diubah suai untuk pelukis..
Ada juga saya menonton TV berkenaan Pasar Basah atau Central Market sedang diubahsuai sesuai untuk kegiatan Seni Lukis serta cabang Seni yang lain.
Dulu sebuah Pasar Basah yang sarat dgn berbagai keperluan tak perlulah saya sebut satu persatunya. Dengan bau hanyir busuk yang menusuk hidung apabila melewati Jalan Hang Kasturi dgn Bas Seri Jaya selepas itu Bas Mini pula untuk ke Bas Stand Klang.

Siaran TV membuat liputan yang agak lama mengkesahkan Pasar Seni satu anjakan Pasar Seni kononnya akan menjadi nadi Kota Raya Kuala Lumpur.

Christopher telah menjemput kami Pelukis Jalan Melayu agar berubah ke Pasar Seni, Pada awalnya kami merasa agak kurang senang utk berubah kesana. Akhirnya saya sendiri membuat keputusan untuk ke Pasar Seni Pelukis Pelukis yang lain tidak membuat pilihan tersebut. Dengan niat untuk mencuba ke Pasar Seni pada 1986 ..Hari pertama menjejak kaki ke Pasar Seni CM saya dan beberapa orang rakan lagi telah disematkan Kuntuman Bunga Orkid dgn penuh penghormatan kebetulan ketika itu Timbalan Perdana Menteri Musa Hitan akan datang merasmikan Pasar Seni yang dikatakan sebagai satu anjakan Seni Lukis di Malaysia ini.

Para pelukis dgn cara masing masing perform terhadap karya mereka. Saya sendiri sudah tentu melayan potret Model yang terkaku dibangku. Pujian ketika itu bagaikan sejernih embun pagi.
Melihat dan mengalami suasana tersebut, saya merasakan inilah satu peluang yang tidak seharusnya saya abaikan. Kata orang peluang hanya datang sekali dalam hidup ini.

Pada keesokannya saya mengusung segala peralatan melukis tidak lagi menuju Halaman Pelukis Jalan Melayu yang tidak menjanjikan masa mendatang sebagai pelukis. Berbumbung Langit berdinding angin kadang sejuk kadang panas, dgn usia yang semakin berkurang sanggup kah aku terus berada di  Halaman Pelukis Jalan Melayu. Kawan Kawan Pelukis yang lain masih bertahan di Halaman Pelukis Jalan Melayu.

Di PASAR SENI aku boleh pilih dimana saja Kiosk yang aku suka. Sewanya tidak mahal hanya RM 12.00 sehari.
Dengan semangat baru mulalah melukis penuh tega melayan para pengunjung penuh berhemah muga aku boleh membayar sewa setiap hari, Alhamdulillah perjalanan di Pasar Seni telah diterima Masyarakat dgn baik. Tempahan setiap hari sangat menjadikan aku Pelukis yang paling sibok setiap hari, walaupun begitu aku mengerjakan tempahan sehingga jam lima petang dan seterus melukis potret secara Live Model settiap hari begitulah rotin yang aku lakukan.
Dalam pada aku asyik menjalani hidup sebagai pelukis dgn penuh keselesaan aku dipanggil oleh Christopher katanya Pihak Pengurusan telah membuat keputusanan untuk mengenakan sewa bulanan RM 360.00 setiap bulan ..aku menerimanya dgn baik kerana sewa masih sama 12X3....RM 360.00. dalam hati mula timbul bermacam persoalan tentang sewa ... Inilah baru satu permulaan dari sewa hari RM 12,00 sehari,,kemudian kepada sewa bulanan pula RM 360.00 sebulan.

Memang tepat sangkaan aku Sewa mula dinaikan dgn memberi alasan yang berbagai ..pun begitu aku tetap akur apa saja alasan mereka kerana keadaan akan berubah dari masa kesemasa.. Apabila bertambah penyewa banyak perkara yang harus dilunasi..seperti maintenance segala bagai. Tanpa mengambil serius sangat tentang sewa dinaikan hingga RM 450.00 sebulan .. aku juga mula menaikan harga tempahan potret dari RM 50.00 kepada RM 80.00
Tidak hairan lah pada setiap hujung tahun surat atau memo terus diterima tentang kenaikan sewa begitu juga terus menaikan harga tempaha potret sehingga RM 450.00. dan seterusnya berlaku lagi..
Ini adalah sikap Kapitalis akhirnya akan mematikan apa saja bentuk perniagaan. Terutama Bumiputra.

Sehingga tahun 2004 terdengar berita Pasar Seni telah di Jual Pada Pelabur Singapura.  Apabila kemasukan Pengurusan Baru dibawah kuasa Pelabur Singapura bermacam macam peraturan mula diperkenalkan serta sewa juga dinaik jauh lebih tinggi dari Pengurusan sebelumnya.

Jiwa tidak lagi damai menghadapi tekanan yang melampau oleh mereka. Bukan persoalan tak boleh bayar sewa atau tidak. Cuma aku merasakan jika aku masih kekal bertahan di Pasar Seni nesacaya aku bukan Aris Aziz lagi.

Cukup lah kurang lebih 25 tahun bertapak di Pasar Seni tanpa mengambil tahu apa yang sedang belaku diluar. Kawan kawan yang dulunya berkumpul setiap petang di Pasar Seni semuanya telah menghilangkan diri. Gulungan Dramatis Penyanyi Penyair dan ramai lagi kabur .
Aku keluar dari kepompong Pasar Seni dan kembali kerumah dgn segala khazanah dari Pasar Seni sehingga rumah pula menjadi Pasar Seni.

Sebelum dinyahkan dari pasar Seni.  Sempat juga kami para penyewa membuat protes dgn menjemput wartawan membuat liputan keadaan kami.. Pihak pengurusan mengarah Pengawal Keselamatan menghalang Wartawan supaya tidak membuat liputan.. Apa pun tersebar berita disurat khabar secara meluas.. Jawapan yg kami terima pihak menteri yg bertanggung jawab terhadap Seni Budaya ketika itu tidak boleh berbuat apa apa kerana Singapura dah beli.

No comments:

Post a Comment