Setiap hari awal pagi aku siapkan
semua peralatan melukis sarat dgn easel. Polio bag. Serta pastel selepas
meneguk kopi sarapan pagi yang rengkas terus keluar. Menaiki bas penuh sesak
berhimpit himpit bersama orang lain untuk pergi bekerja ke Kuala Lumpur.
Untuk tiba di Jalan Melayu dari
Sentul Pasar memakan masa satu jam lebih, sebaik tiba di Halaman Pelukis tanpa
membuang masa aku siapkan easel serta lukisan potret sebagai contoh untuk
permerhatian untuk sesiapa saja akan menempah potret. Apabila keadaan semuanya
sedia untuk memudahkan melukis.
Sepotong kertas ditulis. Minum di Stall Mamak Salem Lorong belakang
Masjid India. Stall Salem memang terbaik ketika itu. Disitulah para pelukis
yang terlibat berkumpul menikmati teh tarik roti canai banjir atau nasi lemak
yang paling istimewa telor setengah masak wajib, mula lah terbit berbagai topik
perdebatan dalam berbagai issue, biasanya sessi perdebatan tidak terlalu lama
maksimun 30 minit. Semuanya kembali mengadap
Sugar Paper yang biasa digunakan untuk media Pastel. Sugar paper bukan lah
kertas yang baik untuk apa saja jenis bahan melukis, tetapi kata perpatah
Melayu tiada rotan akar pun berguna.
Setiap hari ada saja tempahan
potret. Dengan harga paling murah di Dunia RM25.00 satu wajah. RM25.00 sekitar
tahun 80’an bukan lah sama nilainya pada masa kini. Itu ada juga minta harga
dikurangkan. Haha
Keadaan kami menjadi sepi kerana
mula melayan foto Si Penempah potret.
Foto foto pula kadang sebesar yang hanya boleh dilekat atas kuku ibu jari, ada
yang kelabu asap, yang paling parah foto lama yang dah hilang bentuk mata ,
Masha Allah bila dah siap suka pulak tuan ampunya Potret , Para peminat setia
hari akan setia berdiri dibelakang dgn sepenuh perhatian mengikut rentak garis
oleh tangan yang berlari sehingga terhasil sebuah lukisan potret, ada juga yang
dah bayar tak datang ambil. Hal hal begini sering berlaku. Nak diapakan
semuanya terpaksa dilalui.
Burung gagak turut memeriah
suasana kami melukis di Jalan Melayu bertenggek didahan pokok dimana dibawahnya
kami berteduh sebagai Seniman Pelukis. Hahah setiap hari ada saja pelukis yang
menerima nasib malang apabila lukisan orang dah siap ditambah lagi warna dgn
tahi gagak. Ada juga yang sipi sipi haha. Masha Allah sebagai pelukis Jalanan
di Jalan Melayu segala yang berlaku seperti hujan ribut angin kencang sehingga
tumbang easel lukisan terkoyak kena rembatan angin.
Tengahari keadaan menjadi terang
panas dibakar matahari. Jika ada yang terpaksa menyiapkan tempahan terpaksa lah
berpanas cara yang mudah untuk melihat ketepatan warna kami guna Cermin Mata
Ray Ban supaya pencahayaan tidak meleburkan pandangan tentang pilihan warna.
Disebelah petang pula biasanya
tempahan tidak begitu banyak, masa yang ada mulalah Salleh Dawam, Raja
Muhammad, Johari Alias , Syed Mizi dgn suara Vibratonya dan beberapa orang lagi perform dgn gitar sambil
nyanyikan bermacam lagu. Lagu yang sering dimainkan adalah genre Keroncong,
Keroncong Haryati, Penyapu Lidi. Dan Keroncong yang pernah dinyanyi oleh P
Ramlee dan lain Penyanyi Nusantara, saya tidak begitu pantai bermain alat alat
musik , sekadar Chording satu menyanyi tu boleh sikit sikit. Lagu lagu Tro
Bimboo adalah pilihan itupun tempo tunggang langgang. DrIbrahim Ghaffar sesekali datang memeriahkan dgn Seni Puisinya,,Yang masih terngiang sebaris ayat "aku gantung kemaluan ku didahan Pohon"...ada ketika melukis atas daun kering yang dipunggut dari sekitar Halaman Pelukis, Jalan Melayu.
Hampir Magrib masing masing
seperti biasa berkemas untuk pulang kesarang. hahah
No comments:
Post a Comment