Thursday, April 27, 2017

PELUKIS JALAN MELAYU 1982 ,,,,,

Tercetus Pelukis Jalan Melayu bukan lah satu permulaan, sebelumnya telah ujud aktiviti melukis dan memperaga karya secara terbuka di Jalan Belanda pada setiapa hujung minggu, kebanyakan pelukis yang terlibat ketika itu kebanyakan oleh pelukis APS dan juga Individu saya sendiri ketika itu masih terlalu naif dalam menghasilkan sebuah lukisan, akhirnya kisah pelukis dijalan Belanda kabur begitu saja, tiada lagi jambangan indah untuk santapan minda senyap sunyi sepi seolah Malaysia tidak ujud langsung gulungan Seniman Pelukis.

Beberapa tahun saya Salleh Dawam dan Najib Mat Dawa dan Ismail Othman kehulu kehilir sambil berusaha apa yang termampu untuk menghidupkan kembali Suasana Seni Lukis didepan Khalayak.
Akhirnya berbincang satu persatu Idea semuanya tidak menjadi.
Mula datang rasa tega untuk melukis dijalanan, tempat yang dirasakan sesuai di Jalan Melayu kerana disitu suasananya hidup kalau dibandingkan tempat tempat di Kuala Lumpur.

Sebagai Pelukis potret di Jalan Melayu atau disisi Wisma Yakin adalah satu pengisian yang belum dikenali oleh pihak penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika itu. Kami sering didatangan oleh penguat kuasa beruniform agar aktiviti melukis disitu dihentikan.
Benak fikir menjadi penasaran kenapa aktiviti kesenian yang mengisi kelopongan dalam sebuah Kota seperti Kuala Lumpur menolak Kesenian yang turut memberi kredit yang sangat baik terhadap kota kota besar dunia.

Cuba juga memberitahu pada penguasa ketika itu..tetapi tidak diperdulikan,, dalam suasana kesukaran kami terus juga melukis disitu sehingga pihak DBKL akhir menerima penempatan kami di Jalan Melayu dan memasang Papan Tanda sebagai Halaman Pelukis.
Penglibatan paling ketara di Jalan Melayu ketika itu Saya sendiri, Salleh Dawam, Johari Alias, Mat Dali, Raja Muhamad, Amirudin Ariffin, Ismail Othman. Mohd Najib Mat Dawa. Husin Hasan.  Zazahar (Allahyarham ). Maamor Jantan.  Syed Mizi.  Shamsudin Muhamad.  Ajis Marine Art. Din Belanda.

Disini lah satu satunya halaman paling unggul untuk para penggemar Seni Lukis merehatkan minda selepas bekerja begitu juga pelukis pelukis ternama seperti Khalil Ibrahim, Dr Ibrahim Ghaffar, Sani Mat Dom, Rafie Abdul Rahman antara pelukis yang sering datang melukis serta memberi dorongan dan memeriahkan suasana.

No comments:

Post a Comment