Wednesday, April 26, 2017

Ulasan tentang Karya Potret .

Walaupun sejak awal 70' an penglibatan saya dalam Lanskap Seni Tampak kita dengan menampilkan karya Lukisan Lanskap atau permandangan..serta memperagakan lukisan di Pagar Jalanan Ampang ..
sebagai dasar pada peringkat awal untuk mencari wang untuk menampung survival keluarga yang baru berhijrah di Kuala Lumpur ..
Tidak terduga sebenarnya dari jalanan itu saya mendapat banyak pendedahan dari Masyarakat luar dan dalam Negara ..
Begitu juga pendedahan khusus dari gulungan Pelukis kita ketika itu. Bukan lah seramai mana pelukis kita ketika itu.. boleh disebut nama nama mereka seperti Raja Azhar Idris, Allahyarham A J Rahman. Allahyarham Hamzah Wahab. Sani Mat Dom. Rafie Abdul Rahman. Yusof Gajah. Khalil Ibrahim. Ghaffar Ibrahim (AGI).  Dr Ibrahim Ghaffar. Apai. Allahyarham Wan Ismail Wan Jaafar. Allahyarham IIbrahim Haji Zabidi atau Tan Rahim Zahici dan beberapa orang lagi .
Nama nama yang disebut mereka yang begitu rapat dlm dunia senilukis yang saya ceburi pada peringkat awal.. Hoesein Enas ketika itu jarang berada dlm kelompok pelukis pelukis yang disebut ini. Allahyarham Hoesein Enas banyak berada dalam studio .. melayan Kerja melukis yang sering mendapat perhatian dari penggemar senilukis ketika itu. Kebetulan pada ketika itu pelukis potret tidak seramai zaman ini.
Pada Era 80' an saya tidak lagi melayan Lukisan pemandangan. Terhenti apabila mula menglibatkan diri dgn Angkatan Pelukis Semenanjung, kerana dgn pengaruh nama besar Pak Hoesein dgn karya Potret yang sangat menakjubkan ketika itu.
Inilah satu peralehan dalam sejarah catan yang saya teruskan sehingga kini. Wallahualam samada saya telah sebaris dgn nama seperti Pak Hoesein.
Pengaruh Pak Hoesein sangat menebal dalam merasakan potret dgn warna dan gaya persembahan yang berjiwa Nusantara lembut dan jelas nampak berbudaya..ketika itu.
Berbalik pula tentang hasil karya potret yang saya hasilkan. Ketika di Pasar Seni Central Market 1986 hingga 2008, disamping mencari wang untuk membayar sewa dan menampung hidup keluarga, dalam kelapangan masa terlalu banyak karya potret saya kerjakan menerusi Live Model..dgn mencuba bermacam macam bahantara seperti Pastel, Charcoal, Cat Minyak, Akrilik, Cat Air .
Sebagai seorang pelukis yang sepenuh masa hidup dgn melukis sukar rasanya untuk saya bicara dari aspek duit dan duit. Kerana apabila menyentuh tentang duit akhirnya akan terabai nilai seni itu sendiri dan perjalan seni itu sendiri akan terus dipropagandakan untuk menjadi alat perniagaan atau produk Perniagaan yang sudah semestinya wang menjadi fokus utama..
Wang hanya keperluan bukan tujuan penglibatan saya dalam dunia senitampak kita..Sesiapa saja akan mencari wang hatta seorang penjuasl nasi lemak.
Difikir fikirkan tak perlu lah saya bicara terus terusan tentang wang besar atau wang kecil..
Karya Eksprimen  saya sangat utamakan agar akan terhasil Karya Potret yang lebih memberi kesan rasa pada sesiapa yang menatapnya..
Saya membuat kajian secara sendiri disamping itu banyak juga merujuk tentang Art Fundermental membeli buku buku yg khusus tentang Sejarah senilukis.. Buku Karya Vincent Van Gogh.  Leonardo Da Vinci.  Rembrant. Picasso dan banyak lagi  serta merujuk pameran pameran yang ada.
Sejak tujuh puluhan lagi Seni Lukis Potret sangat mempengaruhi jiwa Saya.. Ketika Pameran Diploma UITM Balai Seni Lukis Negara Jalan Ampang.  Samjis Mat Jan.  Amron Omar. Anuar Rashid sangat mencuri getaran jiwa Saya. Akhirnya mereka mereka ini menjadikan kawan rapat sering bertemu sambil bertanya tentang kajian catan mereka..

No comments:

Post a Comment