Thursday, April 20, 2017

Mengapa Aris Aziz masih melukis di Jalanan (Bukit Bintang) ?

Bukan persoalan Aris Aziz memang pelukis Jalanan, atau Pelukis bukan jalanan.
Bagi saya pengertian seni itu sangat luas tidak sewenangnya untuk menentu ia harus ada ditempat tempat tertentu saja.
Melukis adalah satu cabang Seni begitu juga cabang cabang seni yang lain.
kadang kala tidak perlu pun kita bicara bab seni sehingga berlarutan kerana Seni itu bukan satu penampakan yang boleh dijadikan Bukti. Melainkan dgn melahirkan sesuatu yang berkait rapat pada bentuk dari lambakan materi seperti Sebuah Lukisan atau Karya (Seni Tampak)
Seni adalah sesuatu yang hidup dalam jiwa Insan yang lagi Insani..Ia mengalir seperti kejernihan air di Sungai. Suci dari gejala jiwa kacau
Seni bukan untuk Seniman saja.. Seni adalah satu penyedian yang sangat halus untuk survival manusia sejagat
manusia akan melalui proses yang tidak pernah terduga oleh diri sendiri ataupun orang lain..suka duka senang susah gelap atau terang semua satu proses untuk mengembalikan ingatan kepada Yang mencipta. disitulah akan diajar tentang keredhaan..Keredhaan tidak akan hadir jika gejala nafsu meronta dalam jiwa.  Barulah betapa penting rasa dalam kehalusan seni itu dimengerti oleh semua manusia yang mahu berfikir
Mengapa melukis di Bukit Bintang ?
Pelukis Potret Jalanan di Bukit Bintang bukan lagi asing bagi pelancung yg datang ke Malaysia. Terutama bagi pelancung yg datang dari Negara Negara Arab. Seperti Arab Saudi. Yaman.  Oman.  Sudan.  Bahrain. Iraq dan lain lain..
dari United Kingdom.  Germany.  France.  Italy. Turki . Australia.  Russia 
Russia.. Indonesia.  Singapura. Bruno. 
Purata Pelancung dari Seluruh Dunia meminati seni lukis Potret dari sentuhan  Pelukis di Bukit Bintang.
Ada yg memberi tahu Pelukis Potret di Bukit Bintang antara yg terbaik di Dunia..
Itulah sebab nya mengapa Saya fokus utk melukis di Bukit Bintang..
Bukan sekadar mencari Duit.. Malahan memperjuangkan bahawa kita juga tidak kurang Hebat seperti Negara lain.
Cuma bagi masyarakat kita masih tebal dgn kekeliruan..
Apabila melukis dijalanan nilainya terbuang..
Sayang sekali org luar yg mengambil kesempatan melakar melukis Potret untuk dibawa pulang.
Bagi Saya secara peribadi
Sementara jalan ikhtiyar masih ada dan keupayaan juga tiada masalah untuk melukis depan khalayak kemudian dihargai oleh orang ramai samada dari Luar Negara atau dalam Negara sudah tentu melukis menjadi suatu pekerjaan yang boleh menampung Survival keluarga..dalam pendidikan serta keperluan asas sudah cukup Bukit Bintang sangat sesuai bagi pelukis macam saya.
Ada beberapa ciri penting untuk melukis dikhalayak seperti Bukit Bintang.
1. Kemahiran dalam penguasaan teknik melukis
2.  Interaktif atau berkomunikasi dgn baik mampu menarik minat orang ramai.. Terhadap hasil kerja seni lukis
3.  Pelukis harus berada dlm suasana tenang Jika berlaku hal hal yang tidak terduga. Tentang watak watak yg berurusan terhadap Lukisan kita..
4. Perform.. Melukis secara professional serta bahan bahan se nilukis tersusun mengikut kesesuaian Pelukis.
.

No comments:

Post a Comment