Wednesday, February 23, 2011

1980-1981 KOMPLEK MUNSHI ABDULLAH.

1980-1981. Para Pelukis yang berniaga di Aked Panggung Wayang Coleseum terpaksa berpindah ke Komplek Munshi Abdullah, dibelakang Campbell Shopping Complex . Kerana Aked tersebut dirobohkan oleh pihak DBKL. Dengan suasana yang baru dan belakang bangunan yang tinggi pastinya Komplek Munshi hanyalah tempat simpan lukisan dan melukis sahaja, mengharapkan orang lalu lalang jauh sekali kerana komplek Munshi berada didaerah paling tercorot dalam erti kata tempat berniaga. Akhir nya nasib pelukis pelukis tersebut menerima padah yang sama seperti mana yang aku pernah alami. Semua lukisan yang ada dalam kedai tidak dapat di Selamatkan, kerana pihak Dewan Bandaraya telah bertindak mengunci Kedai disebabkan gagal membayar sewa. Aku juga pada ketika itu menumpang rezeki di Kedai A J Rahman turut juga menerima padah untuk kali kedua lukisan semacam dirampas oleh DBKL. Hingga lah kehari ini, mana lah nasib lukisan tersebut.
Allahu Akbar. Betapa sedih kalau difikir nasib yang melanda gulungan pelukis semacam aku. Sehingga pada suatu ketika dengar berita anak anak Sang Pelukis ini tidak menjamah nasi berminggu minggu. Sementara ayahnya mencari peluang baru agar cepat perolehi sumbar keewangan untuk segera beli makanan. Nak salah DBKL tak boleh sebab DBKL bukan manusia. Mereka adalah kuasa. Kuasa yang sukar untuk mengenali masalah orang kecil. Perut mereka yang sentiasa kenyang, maka amat sukar untuk merasakan kelaparan orang lain.
Aku sendiri turut menanggung seksa yang sama. Ingin merungkai kehidupan begini agar menjadi lebih selesa terpaksa melalui proses mungkin dan mungkin. Untuk menjual lukisan cara menjaja tak mungkin jadi kenyataan. Kerana orang Malaysia tidak gemar lukisan secara sungguh.








Balai Seni Lukis Negara Sekarang







Balai Seni Lukis Negara, Lebih di Kenali Hotel Majestic 80'an dan 90'an

No comments:

Post a Comment