Monday, March 28, 2011

CATATAN PELUKIS SEPENUH MASA 1970 - 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum

Harap Maaf pada sesiapa yang terbaca blog ini, terdapat apa apa yang menyentuh tentang sensitiviti pemikiran orang Melayu, atau melanggar tatacara penulisan.
Catatan ini hanya sekadar pengalaman, sebagai seorang Pelukis sepenuh masa sepanjang perjalanan bermula di Tujuh Puluhan hingga kehari ini Dua Ribu Sebelas. Pada peringkat awal sebagai seorang pelukis, sudah tentu saya tidak menguasai segala macam teknik dan bahan yang disebut  catan, atau seni tampak, atau Lukisan.

Menjangkau hampir empat Dekad. Melukis ditengah khalayak, melalui bermacam macam peristiwa manis dan sebaliknya. Hingga ketika pada sesiapa saja yang membaca blog ini, saya masih lagi giat melukis Pasar Seni, Central Market telah memakan masa selama 26 tahun.

1986 Central Market telah dibangunkan semula dari sebuah Pasar Basah menjual segala macam kepeluan harian. Akhirnya menjadi sebuah Pasar Seni di Tadbir oleh Central Market Development Sdn. Bhd, anak Syarikat kepada Melewar Corparation. Dan kini Pasar Seni telah diambil alih oleh Rakyat Singapura. Harga Central Market yang dijual RM 80 juta.

Proses menyusun semula para peniaga dan pelukis dilakukan secara paksaan. Sesiapa saja gagal mengikut arahan dari Pentadbiran mereka. "Get Off" itulah ayat nya. Sewa Kiosk dinaikan hingga 400% peratus. Para pelukis dikeluarkan dari Central Market ke bangunan (Annexe). Sewa tetap dinaikan juga walaupun tidak sempurna.

Telah beberapa kali Para Pelukis membuat bantahan di media namun tiada siapa pun yang berminat untuk mendengar. Pihak Central Market menjadi lebih selesa apabila pihak Kementerian dan DBKL memberi kerjasama dalam banyak hal. Jadi segala remeh temeh seperti bantahan dan sebagai nya dianggap tidak ujud.

Memang lah kalau sesiapa saja ke Central Market maka terdapat ramai orang Melayu, anak gadis Melayu sedia menunggu digerai gerai jualan Produk. Suasana nya amat jelas adalah Melayu. namun disebalik itu yang memiliki kiosk kiosk dan kedai adalah Tauke CM sendiri dan Para Kroni dan adik beradik dia. Pemilikan 30% peratus Kuota Bumiputra hanya sembang saja. Kalau ada pun orang Melayu yang memiliki kedai disitu, pasti perniagaan nya amat tertekan. Kemudian digunakan orang Melayu untuk mengejar sesiapa saja yang buat silap, dan menutup Kedai kalau gagal membayar sewa. Inilah Melayu. Lambat bayar sewa dikenakan penalti RM500.00. Lambat buka kedai RM 50.00. Cepat tutup kedai RM50.00. Cuti Raya Haji atau Raya Aidilfitri kena buat permohonan, kalau cuti tanpa permohonan kena juga penalti. Siapa kah Mereka yang Mengurus Central Market Sekarang?

Wartawan yang membuat liputan konon nya Central Market dan Kasturi Walk adalah satu mercu tanda pembangunan Kuala Lumpur adalah satu omong kosong. Kiosk kiosk yang disewakan di Kasturi Walk hanya sebesar meja menjangkau RM 1800.00. Apabila hujan bumbung yang dibuat tidak bermakna, kalau panas pula amat teruk. Design Wau Bulan yang kononnya menjadi Simbol kebanggaan dalam Budaya Melayu tidak sesuai langsung berada disitu kalau dibanding dengan Konsep kedai Old Town yang sedia ada disitu.

Jalan Hang Kasturi kini telah menjadi Kasturi Walk. DBKL dengan mudah menyerahkan pada Central Market. kerana dikatakan tempat tersebut ramai penagih dadah dan peragut perlu di bangunkan supaya Jalan Kasturi dapat dibersihkan, Siapa yang berani nak hisap dadah dan meragut, sedangkan Pihak Berkuasa Polis dan Penguat Kuasa sering berada disitu dengan cara ini mereka harus sadar bahawasanya Central Market telah menafikan keupayaan Pihak Polis yang sentiasa bertugas di Jalan Hang Kasturi, pada hal setiap petang Jalan Hang Kasturi tempat orang ramai bersantai rehat menghilangkan keletihan selepas bekerja termasuk Pelancung, disamping itu mendengar dendangan lagu dari Buskers. Inilah tipu daya Kapitalis, sesiapa saja akan terima dalih yang dibuat oleh mereka. Wang Ringgit adalah segala gala nya. Aku di Pasar Seni selama 26 tahun. Apa yang aku dan kawan kawan rasa tak sama dengan mereka yang sekadar melihat.

melukis di PWTC
pada hari Perhimpunan Agung UMNO 2010
Lukisan Potret Perdana Menteri
dihasilkan dalam masa satu dgn menggunakan Akrilik
melukis depan khalayak
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 PWTC
PERDANA MENTERI
turut menurunkan tandatangan pada lukisan tersebut.
PEMIMPIN TERKEMUKA
TUN MAHATHIR MUHAMAD
salah seorang pemimpin Malaysia yang sangat memberi
perhatian pada gulungan pelukis
sehingga terujudnya Galeri Perdana
di Langkawi

4 comments:

  1. salam saudara azis...baru-baru ini saya ke Central Market setelah rasanya 20 tahun tidak ke sana... saya sangat terkejut kerana CM sudah menjadi terlalu berbeza...dah jadi macam pasar memasarkan barangan sahaja..saya terus memasuki CM dan terus ke tempat yang dahulunya tempat saudara melukis...hampa..xtvt melukis secara live sudah tiada lagi...dibelakang bangunan yang berasingan terdapat kedai yang menjual lukisan dari China dan Indonesia saya kira...mana pergi pelukis melayu?...saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku...nampaknya kerajaan tidak langsung berperanan membantu...malah menyokong apa yang berlaku demi RM semata....Inilah kesan pemerintahan kapitalis..

    ReplyDelete
  2. apa pun yg terjadi..teruskan usaha pak aris..jgn pernah henti melukis...hya org yg x fhm apa itu seni senang menyepak terajang jiwa seni...saya ingin melihat puaka2 seni melukis secara live di mana2 sahaja...bkn tertumpu pada satu tmpt..

    ReplyDelete
  3. Salam.....sdr Aris ni dulu pernah keje di Talasco Insurance kan? Geng2 Yatim.

    ReplyDelete
  4. Pasar Seni harus di ubah suai nama nya kepada pasar lambak....

    ReplyDelete