Monday, May 9, 2011

Waktu siang Kini dirumah. Pasar Seni telah berakhir

BERDIAM DIRI DIRUMAH. tiada lagi sumber pendapatan, wang tabung sudah kontang ketika cuba mempertahankan studio di Pasar Seni selama 25 tahun.
________________________________________________________________________________
Hampir beberapa bulan dirumah.. Keadaan semakin parah tuntutan Hidup perlu dilunaskan. Pemikiran menjadi kusut.. 
Sekali lagi aku membuat keputusan untuk kembali ke Jalanan 
Kebetulan di Bukit Bintang ada beberapa pelukis yg melukis pada waktu malam saja. 
Tanpa membuang masa kisah menggangkat easel polio bag dan kotak Pastel berulang lagi.. Aku memilih untuk melukis depan Maybank keadaan disitu agak terang.. Dgn perasaan terharu bercampur sedih aku tega lagi mempersiapkan peralatan utk melukis belum sempat selesai dah ada yg datang mahu wajahnya dilakar.. Pelancung dari Saudi, mengambil lebih kurang 20 minit siap.. Akhirnya keadaan aku menjadi sibuk tiada putus putus melakar Potret pelancung Saudi juga. Jam sudah pun 3 pagi ada lagi yg mahu dilukis aku terpaksa menolak dan memberi tahu datang esok malam. Masyaallah semangat kembali segar ..bersambung 
Bersama Muaz ketika ziarah saya
di Bukit Bintang

Portrait Sketches

Saufi sering menemani
Sewaktu melukis di Bukit Bintang

Hampir dua tahun aku merempuh malam hingga seawal pagi, Kawasan sekitar Maybank mula menjadi gelap semua lampu yang benderang sekitarnya tidak lagi dinyalakan kerana Maybank akan diubahsuai menjadi Hotel pula...

3 comments:

  1. Sabaq Pak Aris..Bumi Allah ni luas..mungkin dah tiba masanya Pak Aris mengorak langkah yg lebih baik...

    ReplyDelete
  2. so now ade lg x pelukis2 kt central market pak aris??

    ReplyDelete
  3. Rezeki tu Allah dah tentukan...
    Yg penting usaha kita.
    kalau kita dah berusaha, bertawakallah.

    Kalau belum dapat rezeki lagi di bumi Allah ni selepas kita berusaha, mungkin Allah nak kita menabung utk di 'sana' nanti - insya-Allah.

    Sabar dan terus berkarya Pak Aris.

    ReplyDelete