Sebenarnya lama tidak bicara disini, Bukan untuk mengkisahkan aku sudah sampai ke London..
Sesiapa pun boleh menjejakan kaki kesini jika mahu. Tidak seperti zaman dulu jika sesaoranan dapat sampai ke London kira cukup Istimewa..samada belajar di University Cambridge atau sebagainya. Tidak hairan lah mereka berjaya kerana London bagi mereka pada zaman itu adalah impian. Begitu juga pada keseluruhan Masyarakat yang tidak pergi akan menganggap London (England) itu sebagai pengaruh hidup yang dihormati ketika itu.
Contohnya ada beberapa pelukis kita, mereka ke London belajar pada zaman paling puncak 50'an 60'an mentaliti masyarakat menganggap mereka seperti orang sangat penting dan diberi penghormatan sebaiknya. Bagi saya jika benar mereka bagus sewajarnya diberi penghormatan..
Issuenya: Ada juga manusia manusia hebat yang bukan terbit dari mana mana University dari negara Barat, hanya dari dasar pengalaman bakat, atau usaha yang tidak pernah putus putus sukar untuk mendapat tempat pada dekad dekad tersebut.
Pada 2012 Saya telah diberi kepercayaan oleh pihak BSVN ketika sesi Bengkel Potret selama tiga bulan disitu..mereka telah cadangankan pada pihak Kementerian berkenaan, saya adalah salah seorang pelukis akan berkhalayak sambil melukis Potret di London, dua lokasi telah ditentukan Trafalgar Square dan South Bank dipinggir River Thames.
Terasa amat bersalah jika peluang tersebut dipersia siakan mencuri kesempatan untuk berseronok di Kota London. Amanah yang telah diberikan sangat penting sepertimana seorang perajurit dihantar diperbatasan negara demi mempertahankan negara, Itulah maruah.
lebih lebih lagi bila kita dihantar ke negara British yang pernah menjajah kita berabad lama..memikirkan itu aku ke London tidak begitu rendah diri walaupun kita bangsa yang pernah dijajah oleh mereka..kita wajib mengubah persepsi tidak seperti bangsa yang tak habis habis dijajah.
Program Malaysia Week di London 2012. mengetengahkan beberapa item yang difikirkan boleh menjadi tarikan pelancung untuk datang ke Malaysia.
Seperti Tarian Kebudayaan. Makanan makanan dan Seni Lukis termasuk juga,, Walaupun dari peringkat awal kira bicara nak buat program Malaysia Week 2012 seni lukis tidak disenaraikan, entah kenapa jadi pula..panggilan dari pihak BSVN menjelaskan Pak Aris jadi pulak ke London.. Oh!!Ok saja
bersambung!!!
Merakam disempadan Scotland bersama Salleh Dawam |
Dalam perjalanan ke Edenburgh Scotland singgah di BERWICK suatu daerah pertanian antara New Castle dan Edenburgh |
dari kiri: Puan Fardah Hanim Wahab Pengarah Koprat LPSVN Hairul Azizi Tukimin dari Beranda Residensi Langkawi Pelukis Salleh Dawam Hafiz Othman Pegawai LPSVN Donald Abraham Pelukis berasal dari Sabah merakam foto disekitar London Bridge |
Disudut Scottish National Gallery |
Lokasi dari Bumbung Muzium Scotland Latar Belakang sebuat Castle yang terkenal di Edenburgh |
Foto atas bumbung Mezium Scotland..kelihatan sebuah Castle yang sangat popular di Edenburgh. semua foto yang tertera disini diambil oleh Amerudin Ahmad..dia lah yang berkorban masa menjadi pemandu pelancung dari New Castle ke Edenburgh.
South Bank |
Santai Kesejukan disekitar Edenburgh University |
hadapan Scottish National Gallery |
Bersama Lepat dipinggir River Thames Lepat datang dari Bremen Germany tujuan untuk bertemu dan membawa ole ole satu kotak Charcoal |
2007-2008 Tokyo
No comments:
Post a Comment