Maisarah Saidi Sukri
Pada suatu malam...Cuaca baik...mood baik...Pak Aris Aziz pula baru sampai, belum bukak lagi kotak pastel beliau..rezki dapat bertemu Pak aris, menjadi orang pertama malam tadi...duduk di bangku menjadi model live sketch...! 😂
Selama ni hanya mengetip bibir (geram) melihat hasil arsiran Pak aris (goresan) melintasi scroll fb...mula mengikuti perjalanan seni Pak aris semenjak di tarik masuk oleh abg Taib Aur ke Galeri Seni Rupa fb (2011). (Aku rindu suasana ketika itu. Keras, sentap kat dalam tu, setel kat dalam tu. Kemudian lukis lagi.. kritikan membina dan memajukan diri.)
Pada orang lain mungkin biasa2 sahaja...tetapi pada aku, ia
suatu sejarah yang tercatat malam tadi..pada awalnya ke sana kerana menemani
incik Padilrock Padil ke Yes Centre...setelah selesai urusan, kami melewati
jalan Bukit Bintang yang tidak pernah 'tidur'..dalam hati kami, Jika dapat
bertemu mata dengan rakan pelukis dan Kak Gee Kucing serta Pak Aris..
alhamdulillah, boleh ngeteh..tak sangka incik Padil mencadangkan untuk duduk di
bangku menjadi model live sketch malam tadi. Dia akan temankan, katanya. Terima
kasih... 😉
Duduk menjadi model live sketch di tempat sebegini memerlukan
aku sentiasa dalam posisi. Pak Aris membantu aku duduk dengan lebih relax agar
tidak kaku hasil nya...ramai foreigners dan locals berdiri di belakang Pak
Aris. Snap gambar, tak kurang juga merakam video aksi Pak Aris..
Ada yang sabar menanti. Sejak dari awal garisan, hingga lah
tamat. Di akhiri dengan signature pengkarya, pertama kali untuk aku. Abaikan
suara keterujaan aku.😂😉
Saksikanlah....
Kazz Kadri bersama Aris Aziz.
Beliau seorang pelukis/seniman jalanan yang tersohor yang saya kagumi terutamanya kehebatan stroke beliau melukis potret.
Walaupun telah lama kenal beliau melalui fb bermula di Group
Seni Rupa (GSR). Sebelumnya pernah melihat beliau melukis disatu sudut di
Central Market pada tahun 1984 dan bersua muka untuk pertamakalinya ketika
kunjungan beliau dengan rakan² PeRupa di Kuala Terengganu sempena Program
Kembara Seni Di Pantai Timur Jun 2014, inilah pertamakali juga saya
berkeyakinan untuk merakam wajah beliau...
Title: Idola Saya (Pak Aris Aziz)
Medium: Watercolor on Campap Pro Series
Size: A3 wide
Technique: Wet on wet & wet on dry
Date/Year: 12.1.2017Aris Aziz
12hb Februari ·2017
Kazz Kadri..
Terima Kasih meluangkan masa menulis melukis tentang Pak
Aris.
Pak Aris sndiri tidak pernah berfikir ramai rakan rakan kita
bukan saja melukis wajah saya, disamping itu menulis pula dan menyentuh tentang
masa lalu bagaimana perjalanan saya dlm Dunia senilukis
Jesteru perjalanan sebagai pelukis dikalangan masyarakat sering
diperhatikan oleh masyarakat itu juga, dalam pada itu jika ada tingkah laku pak
Aris masa lalu dan kini kurang menyenangkan mana mana individu harap diampun..
Pak Aris merasa sgt bangga teramat sangat apabila Masyarakat
khusus para pelukis memberi impak positif terhadap diri dan profesi pak aris
dlm dunia senilukis kita...
Alhamdulillah ..muga Tuhan menerima dgn Barakah
...Allahuakbar..
No comments:
Post a Comment